Tuesday, December 21, 2010

~Duhai Hati...~

Salam.....sepi sangat malam ni sesepi hati ni kot.Saat mencoret kata2 ni, iza sebenarnya balik dari dari keluar minum ngan rakan. Sesaje kuar untuk hilangkan resah kat hati menunggu esok. Yahh...iza akui resah rasa hati ini...yaa..semua da difikirkan dan semua da berlaku!!!Sepatutnya xder apa yang iza perlu fikirkan lagi..Redha adalah yang sebaiknya tapi kenapa yaa....ada resah bertamu???Mungkin hati iza kot yang terlalu memikirkannya....Sedikit nukilan rasa iza coretkan sekadar melepaskan apa yang tersirat di hati ini agar terlepas sedikit bebanan hati yang tak mampu nak ditanggung lagi...Yang tersurat cukup jelas untuk dilihat & difahami namun yang tersirat...hanya hati dan Allah SWT sahaja yang mengetahui.....wassalam..ku akhiri pena ini dengan diari hatiku......

Wahai hati,
Tabahlah dalam harungi semua ini.
Jangan menangis lagi kerna sudah banyak air mata yang kau alirkan untuk semua itu.
Kasihanilah empunya hatimu...
berilah dia ruang untuk tersenyum...
Duhai hati,
Redhalah untuk semuanya...
Sedarlah bahawa engkau insan terpilih untuk melalui dugaan ini
kerna diri-Nya tahu dimana kekuatanmu..
Belajarlah dirimu menerima hakikat ini
percayalah bahawa akan ada yang terbaik buatmu..
Yang terbaik...
Yang terbaik...
Yang terbaik...


Lara Hatiku.....ieza@lavenders

Tuesday, August 10, 2010

~Pot Pet TerbaRu..~


Salam.....menjengah kembali blog nie.rasanya dah lama tak upload cerita dalam ruangan ini.Biasanya blog ini hanya diupdate ceritanya bila empunya diri berada dalam keadaan yang memerlukan dirinya menulis untuk melepaskan apa yang dirasai. Banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini dalam diari perjalanan hidup iza dan banyak juga pengalaman yang dikutip bersama pahit maung kehidupan ini. Alhamdulillah..rezeki telah Allah turunkan buat iza dan akhirnya berjaya juga melayakkan diri untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah dan kini telah kembali bergelar pelajar di sebuah Institut Pendidikan Guru nun di utara. Bertemu rakan baru dari pelbagai negeri dan melalui banyak pengalaman bergelar guru pelatih. Bertungkus lumus dalam menyiapkan assigment smpai tidur pun entah ke mana. Hah..perasan pulak yang tubuh iza makin kurus...kurang segalanya..huhu..paling penting kurang perhatian & kasih sayang smpai nampak kesannya pada diri iza....Dalam tempoh satu semester, banyak program yang dah join tapi even rasa penat sebenarnya cukup heppy dengan life baru nie. Kesibukan dalam menghadiri kuliah,menyiapkan xsiment n program2 membuatkan iza terlupa seketika segala masalah yang melanda tapi saat ingin melelapkan mata pasti teringat kembali dan hasilnya lena dalam tangisan...Ya Allah,kuatkan hati hambamu ini.....

kat sini iza nak share sedikit sebanyak pic yang ada dalam koleksi sepanjang bergelar Guru Pelatih KPLI...



1.pic nie sewaktu kejohanan merentas desa


2.nie sewaktu menjamu mentor kat kuala perlis


3.bergambar dulu baru makan


4.nie sewaktu perkhemahan pengakap


5. nie dia pic pengakap tua..hehe

sedikit sebanyak coretan setelah lama tak menulis..berkongsi cerita..insyaallah akan luangkan lebih banyak masa dalam menghidupkan kembali blog ini....

sekian,
iza@lavendersgirl...


Friday, May 14, 2010

BisiKan RinDu......



Titik rindu
Bernoktah Di hujung sepi
Terlayar hati pergi
Membawa kerinduan itu...
Hangat membeku
Dingin terasa
Danau salju di sudut hati
Mengusik kalbu
Sayu kurasakan
Menyelubungi hati.....
Mata memandang sepi
merenung kerdipan
bintang di dada langit
Rembulan menyimbah cahaya
mendengar sayu
suara unggas berlagu sendu
seakan memahami resah di hati ini
mengerti sebak di dada ini
Sarat kerinduan ini
Menyesak di dada ini
Ingin ku laungkan sejuta rasa
Biar hilang gelora di dada
Biar lepas derita rindu ini
Ku khabar pada angin
Ku bisik pada bayu..
bisik kan rindu ini padanya
Lepaskan lelah ini.......
salam rindu buatmu.............


Dariku....ieyza

Monday, May 03, 2010

Titipan Buat AnaKku....


Ku titipkan pesanan ini buat permata hatiku....
Sesaat kali pertama Ummi tatap wajahmu...sesaat Ummi renung matamu..terasa Ummi adalah ibu yang paling bertuah di dunia ini.Hadir dirimu melengkapkan kehidupan Ummi sebagai wanita,menjadikan Ummi bergelar ibu.Gelaran yang diingini setiap insan yang bergelar perempuan.Kerana tuntutan ilmu..Ummi tinggalkan dirimu membesar tanpa Ummi disisi..tanpa tangan Ummi sendiri yang mengasuhmu sayang namun Ummi ingin dirimu ketahui bahawa tiada sesaat Ummi tidak titipkan rasa rindu ini padamu. Berpegang pada hakikat bahawa semua Ummi lakukan untuk masa depanmu..Ummi ingin dirimu merasai kesenangan hidup tanpa ada sengsara.Detik waktu berlalu..kini kau semakin membesar meniti usia..mendengar panggilan Ummi dari bibir mungilmu membuat hati Ummi terasa senang..membuat Ummi selalu rindu dengan keletahmu. Sesaat Ummi masih lagi tiada di sisimu kerana tuntutan kerja namun Ummi senang melihatmu membesar dengan ingatan yang kuat pada ikatan ini. Ummi titipkan pesanan ini buatmu sayang...sesampai waktunya Ummi ingin dirimu memahami betapa abadi dirimu buat Ummi........

Anakku....
Tidak ummi syaratkan apa mahumu di masa depanmu
akan tetapi....
Ummi ingin dirimu menjadi insan berguna...
Berpegang teguh pada tiang agama
Mengingati keturunanmu agar tidak bongkak mendongak langit
Anakku...
Tidak Ummi syaratkan siapa pilihan suri hidupmu..
namun..
Pilihlah yang memahami dirimu dan menerima dirimu seperti kau menerimanya
Carilah yang dapat berkongsi kesusahanmu
mendengar resah hatimu
tersenyum padamu
Lagi elok kiranya dirimu memilih suri yang anggun pada pegangan agamanya
Ummi terima seadanya pilihanmu...
Anakku...
Tidak Ummi minta kau membalas dengan kiriman wangmu....
Yang Ummi pinta....
Luangkan waktumu seketika bersama insan yang melahirkanmu...
Jenguklah selalu insan yang membesarkanmu dengan lelahnya...
Curahkan sayangmu pada keluargamu....
Anakku..
Tidak Ummi inginkan kau menjadi hero..
Yang Ummi mahukan..
Hiduplah sebagai dirimu yang sebenar...
Berpeganglah pada prinsip hidupmu
Berpandulah pada pegangan agamamu..
Ikutilah teladan dan adab yang baik
Jauhilah perkara yang merosakkan dirimu...
Semoga tenang setiap perjalanan hidupmu...
Anakku..
Saat kecewa yang kau rasakan.....jangan mengalah sayang..
Pandanglah sekelilingmu..Kuatkan hatimu...
Ummi ingin kau setabah diri Ummi...
Ummi tak ingin melihat jatuh dirimu tanpa bangkit kembali...
Dan Ummi takkan sesekali membiarkan dirimu tersungkur tanpa bangkit kembali..
Itu janji Ummi selagi jasad dikandung pada hayat ini....
Anakku...
Titipan ini pesanan untukmu...kerna Ummi ingin kau mengerti..
mengerti akan perit jerih kehidupan ini...
dan Ummi ingin dirimu seteguh...setabah..
menyelusuri gerak perjalanan ini....
Dan doa Ummi sentiasa mengiringi setiap perjalanan hidupmu...
SEMOGA DIRIMU SENTIASA BAHAGIA ANAKKU..........

SuaRa HaTikU....


Andai mampu kuungkapkan ingin kunyatakan apa yang berada di mindaku,ingin kuluahkan rasa yang menyesak di jiwaku namun apa dayaku..tiada bahu untuk kusandarkan,tiada hati yang dapat mendengar setiap luahan hati ini..mendengar jerit tangisku..memahami setiap senduku.Tak mampu kuluahkan kerna gagal kuungkapkan bait-bait kata yang tersusun agar tiada hati yang terluka..tiada jiwa yang merana pada setiap lafazku namun semakin ku pendam terasa sesak jiwaku....Kupandang sejenak di hujung waktu,mencari adakah ruang untuk aku huraikan sesak dijiwaku..kurenung sedalam-dalamnya mencari kepastian untuk kesekian kalinya...dan akhirnya kubiarkan segala-galanya berlalu dalam sesak nafasku..saat ku rebahkan..kusujudkan diriku menghadap Illahi...mengalir titisan mutiara untuk kesekian kalinya...biar pada-Nya kuluahkan segalanya...Tenangkanlah hidupku Ya Allah..Ampuni setiap kesalahanku kerna sesungguhnya akulah insan kerdil yang tidak sempurna..........Benarkan aku meniti kehidupan ini dalam setiap senyuman menghiasi titian langkahku........Amin Ya Rabbal Alamin.....

Wednesday, April 28, 2010

Peel kElam kABUT cikgu Iza!!!!


Salam....lama tak menjenguk blog nie..lama jugak tak mencoret2,berceloteh kat blog nie...adoiiiyaaa...dalam beberapa hari nie terasa amat penat dengan banyak tugasan,pergi interbiu,exam lagi...Rasa macam tak senang duduk dibuatnya tetapi kekalutan ini yang buat iza suka sangat. Entahlah..sejak dari dulu iza suka sangat suasana yang kelam kabut..hehehe...Dari zaman sekolah sampai sekarang memang suka buat keje last minute..bila last minute nie banyak jer idea kat kepala pastu kelam kabut.Semua menda nak buat dalam masa yang singkat menjadikan diri ini jadi aktif sangat..huhuu.Sekarang nie,selalu sangat iron baju pepagi sebelum p sekolah supaya pagi tu jadi kelam kabut. Pernah sekali, bangun di waktu pagi tetiba blackout time tengah mandi..adosss,ingatkan sekejap jer blackout tapi sampai sudahnya blackout. Baju lom iron sudahnya pilih-pilih baju yang agak2 nampak tak berkedut sangat so pakai jer la p sekolah. itu la xmo sangat iron baju awal2 sebelum tido tapi tu la..smpai sekarang peel iza tak ubah!!!Okla kan asalkan tak susahkan sesiapa. Actually, sikap nie tak elok untuk diamalkan terutama bab yang suka buat keje last minute. Kenapa iza kata tak elok??Bila selalu buat keje last minute nie,hasil keje takkan sempurna sangat,pasti ada banyak kekurangan nya. Hasil kerja bergantung kepada curahan masa dan bagaimana kita siapkan keje tersebut. Jikalau last minute buat and keesokkannya dah nak di submit keje tu,bayangkan betapa kalutnya kita dalam usaha nak siapkan???boleh bayangkan...buat itu,capai ini,pegang yang tu,jenguk yang nie...sudahnya banyak perkara yang tertinggal dan hasil kerja pun jadi sepert melepaskan batuk di tangga..(betul ke pepatah nie??hehehe..maklumlah bukan cikgu BM!) Bagi yang bergelar pelajar pulak,jangan nak amalkan study last minute. Esok nak exam,malam nie baru nak study pastu semua menda nak baca.Bila dah study sampai tak tido semalaman pastu bila p exam keesokkan harinya ngan mata lebam mata mengantuk petanda tak cukup tido. Dapat ke nak jawab exam??sure kepala pun melayang,apa yang dibaca semalam langsung hilang gara-gara kepenatan dan mengantuk. Bukan ke itu satu perkara yang merugikan???Last counsellinh session,ada advise student supaya jangan anggap Form 4 sebagai 'honeymoon year' coz xder exam. Gunakan form 4 sebagai tahun untuk kuasai and persediaan untuk hadapi big exam next year. Ur future is depend of what u do now! Banyak dah cikgu iza coretkan kata2 bebelan kat cnie...undur diri dulu la yerr.....adiosss..sayonara....:)

Thursday, April 22, 2010

Rahsia Bulan Kelahiran..Ssshhhhh!!!!!!!


Salam......alhamdulillah bertemu lagi di ruangan lara hati lavenders. Pada ruangan kali ini,iza teringin nak shared tentang rahsia bulan kelahiran.Tengok2,jenguk2 la yerr bulan kelahiran anda mengikut kajian Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.......selamat meneroka.

JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros

JUN

  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja

OGOS

  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan

SEPTEMBER

  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik

OKTOBER

  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat

NOVEMBER

  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Betul atau tidak, anda baca anda nilai diri sendiri!!!

Bagi diri iza...ada banyak betulnya tentang diri iza berdasarkan bulan kelahiran...huhuhu...(yg highlite tu bulan kelahiran iza.....pssstttt!!!)
Nilai la yer sendiri......!!!!Adiosss....

Monday, April 12, 2010

Nukilan Rasa


Salam..bertemu kembali di ruangan lara hati lavender!!.Kembara hati lara seperti sesepi malam yang kian melabuhkan tirainya..seperti rembulan kian sinar menyimbahkan cahayanya dan unggas berlagu riang mendendangkan iramanya. Kegelapan malam kian terasa...Entah kenapa terasa ingin berlalu pergi membawa diri..hanya sendiri melayari kesepian itu dan biarkan aku sendiri. Sukar hendak dijelaskan apa yang ada di dalam hati ini. Serasanya tiada yang mengerti kerana diri sendiri pun tidak mengerti akan hakikatnya. Puas sudah mengalirkan air mata bak kata seseorang.."Usah kau alirkan air matamu itu pada insan yang tidak mengerti akan tangisanmu. Mengalirlah ia untuk melepaskan apa yang ada dihatimu". Pelik,air mata ini seakan tidak mahu berhenti mengalir. Berkali-kali kubisikkan pada hati...berhenti menangis sayang kerna tiada akalnya tangisan mu itu.Hanya melemahkan dirimu tetapi hatiku ini seakan berbisik...aku menangis bukan kerana aku lemah.Aku menangis kerana menahan sebuah kerinduan dan aku menangis kerana lukanya hati yang aku rasakan.Ya Allah..serasa aku ini tidak mengenali diriku yang sebenarnya.Apa kemahuan ku yang sebenarnya?siapa diriku yang sebenarnya?..Mahu sahaja melupakan segalanya tetapi aku tak bisa...Bukan tak pernah mencuba tetapi tidak berjaya.Bermain dengan kata-kata sememangnya terlalu perit. Rela dipukul agar kesakitan itu hanya sekejap tetapi tajamnya bilah kata-kata sukar untuk dilupakan. Terkadang rasa terhina..besar kesalahanku sampai perlu dihina sebegitu??Mindaku mengiyakan lantas untuk apa rasa amarah perlu timbul??.Seorang teman pernah berkata...."buka matamu..buka mindamu..lihat dengan sedalam-dalamnya perjalanan hidupmu!!!Apa yang kau harapkan?apa yang kau takutkan??"..Aku lihat semuanya teman tetapi aku tidak ketemukan jawapan.Lantas apa harus kubuat?Mendiamkan diri?aduhhh.....kalau itu sebaiknya hendak sahaja aku lakukan tetapi ada rasa bimbang yang tercetus.Ikut sahaja sayang rentaknya..kau berserah sahaja..Ya,itu mungkin yang sebaiknya.Mampukah dirimu???Bila saat aku masih meletakkan dirinya sebagai keutamaan ku..aku akan butakan penglihatanku..pekak kan telinga ku..lumpuhkan setiap pergerakkan ku kerana aku sedar ia kerna salahku tetapi jika kesabaranku tiada batasannya..akan aku biarkan segalanya berlalu sepi dan di saat itu,perempuan yang kau kenali ini bukan lagi seperti yang kau lihat sebelum ini. Berdiri aku takkan tunduk lagi..bergerak aku takkan memandang ke belakang lagi...Biar sesepi angin..begitu sepinya akan ku biarkan hati ini.....Lara Hati Lavenders mengundur diri...salam buat semua...adiosss....sayonara....

Friday, April 09, 2010


Salam......ermm apa yaa yang nak dicoretkan?rasa mcm nak merapu jer sebenarnya.sajer merapu2 mencatat apa sahaja kisah hidup ni. Waaahh..dalam diam,dalam sedar tak sedar dah bulan April dah nie..Sekejap jer rasa waktu berlalu sepertinya baru semalam melewati hari2 indah. Bulan depan genap dah umur 25 tahun.Sesungguhnya usia ini banyak mematangkan diri ini. Iyer..dari kecil sampai dewasa telah banyak ku lalui.Pengalaman hidup yang mendewasakan aku. Serasanya di kalangan rakan2, akulah yang paling banyak cerita sensasi..hangat...hehehe..ada2 jer Mek za nie!!!
SMS Saleha & Highlands International Boarding School......tempat yang mengajar aku banyak erti. Kat sekolah tempat aku curahkan bakti inilah yang mendekatkan aku dengan dunia perguruan. Berdepan dengan kerenah pelajar yang selalu menceriakan hati aku. Seperti masuk kelas form 4 arinie..ase cam ngajor budak form 1.Mcm-mcm kerenah diaorg..itu baru relief kelas..belum lagi betul-betul mengajar diaorg.Apa2 pun....bersama Highlanders adalah gamitan memori yang cukup bermakna kerana di sini lah segalanya bermula.Semoga bakti terus tercurah di sini......Adiosss.....sayonara.....

Thursday, April 08, 2010

How To Cope With Conflicts


How many times have you become irritated by what someone is saying?It may be your friend,your father,mother, a sibling or your boyfriend and girlfriend. You may even have been irritated by some members in your school club, your classmates during a discussion. Learning how to cope with conflicts will enable you to be adept at facing bigger conflicts in your future. How can you avoid a minor irritation from escalating into 'world war III'? Here are some do's and don'ts for dealing with conflict:
  • try to prevent conflict from arising in the first place
  • If you think conflict is about to start conservation, adjust your conservational style. For example,if you tend to ask a lot of questions, the other person may think you are interrogating him. Back off before he starts getting irritated with you.
  • If conflict does develop,comment on the way the conversation has taken, like "why are we getting upset about this?"
  • Don't suddenly raise up your voice or tense your body. The situation can get worse. Remember gestures and tones of voice are more likely to spark off a conflict than the words you use.
  • Drop the subject if the argument is simply going round in circles. Make sure you understand what the other person is saying, thinking or feeling.
  • Remember there are often things in a person's background such as a bad childhood that make them have different views. You may not feel sympathy for him but try, anyway to understand his background.
Lastly,do remember that the other person has a right to an opinion. Agree to disagree.That means you acknowledge that the other person has a right to his/her opinion.
~Heppy reading............adiosss............~

Wednesday, April 07, 2010

DedicAtEd SonGs....


I Still Believe

You look in my eyes
And I get emotional inside
I know it's crazy
But you still can touch my heart
And after all this time
You'd think that I
I wouldn't feel the same
But time melts into nothing
And nothing's changed
I still believe, someday you and me
Will find ourselves in love again
I had a dream, someday you and me
Will find ourselves in love again
Each day of my life
I'm filled with all the joy I could find
You know that I am not the desperate type
If there's one spark of hope left in my grasp
I'll hold it with both hands
It's worth the risk of burning to have a second chance
No, no, no, no, no, no
I need you baby

I still believe that we can be together
If we believe that we can be together
If we believe that true love never has to end
Then we must know that we will love again

BiCAra HaTiKu.......


Lara hati lavenders kembali lagi atas izinNya mencatat perjalanan hidup ini.Terasa bagai dihempas sehingga berkecai. Andai ini balasan diatas segala kesilapanku..aku redha dalam harungi segalanya. Aku rela berdepan dengan ujianMu. Biar terasa lelah di dadaku namun akan ku tabahkan hatiku melakar setiap rentak kehidupanku di bumi Mu ini....Biarkan ku lepas segalanya ..Menangis la sayang andai itu mampu legakan hatimu. Biarkan sayang ia mengalir andai itu mampu memberi ketenangan kepadamu.Lepaskan sayang segala yang ada di hatimu biar lega resahmu.Luahkan sayang segala yang terbuku di jiwamu biar luruh segalanya.Berbicaralah sayang...ungkapkan segalanya....Untuk apa berbicara seandainya jawapan itu pasti ku temui?Untuk apa kau luahkan segalanya andai kau tahu itu akhirnya melukakan hatimu sendiri?Untuk apa kau bertanya andai jawapan itu sudah kau ketahui??Tidakkah kau merasakan kau melukakan hati sendiri dengan kebenaran itu??.Monolog dirimu tiada siapa akan mengerti..Bangkitlah mencari apa yang sepatutnya menjadi milikmu sayang.Jangan lagi kau lepaskan ia berlalu pergi sedangkan ia milikmu yang abadi. Mampukah aku memilikinya lagi setelah ku ketahui kebenaran hatinya??Terasa gegar jiwaku mendengar semuanya...Terasa tiada bermaya langkah kaki ini bagai mencari haluan hidup sendiri yang tiada ku ketahui arah tujuku...Gagal kurasakan hidup ini..memiliki jasadmu tetapi tidak hatimu...
Banyak kata yang tak mampu ku luahkan dan aku rela pendam segalanya asalkan dirimu bahagia. Segala yang termampu ku cuba lakukan dan hanya satu pintaku..pandanglah diriku buat seketika..pandanglah aku sebagai perempuanmu..pandanglah buat seketika dengan mata hatimu..ketahui segala apa kurasakan...fahamilah diriku biarpun hanya untuk seketika.......
Akulah perempuan yang gagal...gagal memiliki hatimu..gagal memiliki segalanya dan aku tak ingin lagi menjadi perempuan yang gah berdiri tetapi hakikat sebenarnya...........
Ya Allah....Kuatkan hatiku..berikanlah aku sedikit kekuatan untuk teguh berdiri mengharungi segala dugaanMu...

Monday, April 05, 2010

Observation Year 8(personal development)


Salam buat semua...emmm...apa nak dicoretkan yerr????Alhamdulillah lega rasanya setelah selamat hari ini untuk observation oleh Mr.Siow & Mr.Patrick.Sepanjang hampir setahun bergelar guru,inilah kali pertama kena observe..memang ketar rasanya tetapi cuba buat yang terbaik. Rasa bersyukur kerana students Year 8 amat memberi kerjasama. Respon diaorang jugak baik kali nie terutama Malcom, aik long & Tatsu. Maklumlah bukan senang nak pikat hati students supaya nak dengar semua arahan kita. Habis jer observe,Mr.Patrick beri pendapat..alhamdulillah respon yang baik biarpun tak pernah dilatih menjadi guru tetapi lakukan cara pengajaran mengikut acuan sendiri. Tetapi satu kata yang amat menarik hati..rasanya dah berapa kali mendengar ayat ini..."u can be a good trainer!"...ermmm..insyallah akan kembangkan bakat yang ada.
Sedikit perkongsian..cikgu suka bab cerita pasal ank murid nie...bila mengajar diaorang ini,satau masalah yang timbul ialah masalah komunikasi. Majoriti students adalah chinese.Paling kelakar bila mereka ingin beri respon.Terpaksa ada rakan yang fasih berbahasa inggeris menterjemahkan kerana kebanyakaa mereka menggunakan bahasa cina. Cikgu pulak melayu asli...hahaha..bayangkan berbicara dalam bahasa cina pastu terjemah dalam inggeris and then iza kena faham pulak pastu terjemah dalam bahasa melayu kepada students melayu.Adoiiii...mmg pening..tetapi sebenarnya ada faedahnya berada dalam persekitaran macam nie. Tau kenapa???coz boleh belajar banyak bahasa.iza sendiri tengah belajar bahasa cina tetapu sampai sekarang tak reti2. huhuhuhu.........rasa terbelit lidah nie nak menyebut. Itu la serba sedikit kisah iza.......dunia guru sememangnya banyak cabaran.....Adiossss...sayonara...

Tuesday, March 30, 2010

DenGarKan.....


Dengarkan lara kehidupanku...
Dengarkan cerita diriku...
Dengarkan rintihan jiwaku...
Dengarkan bisikan hatiku...
Dengarkan desah nafasku..
Dengarkan pamitan mindaku...
Dengarkan luahan perasaanku...
Dengarkan jeritan batinku...
Dengarkan gelora..rintihan..dengarkan segalanya....

Kuingin kau mengerti segalanya tentang diriku...
Kuingin kau fahami segala deritaku...
Kuingin kau tersenyum dengan bahagiaku..
Kuingin kau sedari perasaanku padamu...
Kuingin segalanya...segala-galanya...
KERNA DIRIKU ADALAH TERCIPTA UNTUKMU....

Persahabatan

Assalamualaikum.....bertemu kembali di coretan yang seterusnya. Ada kisah hari nie...alkisahnya nya cikgu za nak bercerita tentang persahabatan.Hari nie cikgu ada kelas personal development(PV) kat kelas form 1 excel. So ajarla diaorang tentang friendship.Bagi diorang soalan and suh jawab...ada satu soalan yang mana iza tanya..kalau rakan kita buat salah apa patut kita buat??ada yang jawab,tegur secara elok..mcm2 jawapan tetapi ada satu jawapan..."miss, sindir saja dia..sape makan cili dia rasa pedas!!".Hah,tu dia jawapan dia bg.
Menyindir nie satu tabiat biasa dalam masyarakat melayu. Secara berkias menyatakan sesuatu namun ianya pedih bagi yang mendengar dan memahami maksud sindiran tersebut. Acapkali bagi iza,sindiran itu akan lebih meretakkan hubungan yang ada. Bagi iza adalah lebih elok kalau teguran itu secra berhemah menggunakan bait2 patah yang lembut tapi ada maknanya. Ketika disscussion ngan students nie ada satu soalan yang mana iza tanya apa yang boleh spoil our relationship??. The same students say that when friend have boyfriend and forget the member.
Dari pandangan mata,iza dapat agak bahawa sememangnya dia nyatakan faktor tapi dalam satu masa dia memberi kata sindiran kepada rakannya yang dok kat sebelah...kat situ iza memahami lagi kerenah pelajar dalam hubungan persahabatan.Rakan yang lain pulak berkata..be patient k..Secara jujurnya pelajar ini menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada rakan yang mungkin telah berubah sikapnya kerana mempunyai rakan lelaki sehingga si rakan hanya menundukkan wajah. Secara psikologi iza cuba membantu membetulkan keadaan supaya hubungan antara mereka tidak berlarutan sehingga boleh mewujudkan suasana yang tidak selesa. Zaman remaja seperti pelajar iza ini sememangnya tak lari daripada masalah persahabatan. Melihat kepada situasi ini sebenarnya sedikit sebanyak menyedarkan iza tentang peranan iza yang tidak terhenti hanya sekadar memberi ilmu tetapi lebih menyeluruh. Menjadi guru kaunseling tidak semudah disangka kerana perlu meneliti segenap hal tentang pelajar.Sejujurnya iza merasakakan dunia iza berseri dengan kehadiran pelajar-pelajar yang selalu membuat iza tersenyum dan genting highlands kian menambat hati iza untuk terus mencurah bakti......Adios...sayonara...

Sunday, March 28, 2010

SekAdar MeNCuRaH RaSa...


Di malam yang hening nie,entah kenapa rasa nak mencoret kata-kata jer!!!rasa mcm berlambak perkara yang bermain di minda ini. Ini lah agaknya dikatakan naluri wanita yang selalu ada perkara bermain di minda. Puas ku fikirkan apa agaknya yang nak coretkan kali ini...(dah mcm giler blog pulak asenya)!!...Menjadi seorang guru sebenarnya tak pernah ada di dalam kamus kehidupan aku. Malah tak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar guru tetapi takdir Allah S.W.T telah meletakkan aku menjadi guru(biarpun kat sek.private tp tetap guru jugak kan...!!hehehe!!). Masih teringat kata my mom bila satu hari mom lihat anak dia yg comel nie balik dari kelas tambahan kalo tak silap masa form upper six.Turun dari kereta aku berjalan naik ke rumah and ketika itu mom kat pintu rumah..kata mom..."macam cikgu bila tgk along berjalan!!"...ermmm..nampaknya kata2 mom jadi kenyataan.jadik jugak anakmu ni cikgu...
Dari tidak pernah menyimpan hasrat malah tak pernah terduga akhirnya bergelar jua. Membuat aku terfikir..kadang2 apa yang tidak kita impikan akan menjadi milik kita dan tak semestinya kita mendapat apa yang kita inginkan. Buktinya..kuinginkan peluang kerjaya yang lain tapi tidak menjadi rezeki sebaliknya aku kekal menjadi guru walau pada mulanya susah utk nak lakukan kerja yang bukan sesuai dengan jiwa kita. Tetapi learning....belajar menerima,belajar memahami,belajar meletakkan diri dalam situasi dan persekitaran seperti mana aku belajar dengan semua perkara baru di sekeliling ku.
Saat pelbagai perkara membebani hidup ini..Alhamdulillah..Allah mendengar niat & harapan ku maka meletakkan aku dalam kehidupan sekarang yang terasa amat bermakna. Aku berdoa semoga setiap rentetan perjalanan hidup ini takkan berakhir dengan derita...Biar mendung berarak dan cahaya yang bersilih ganti menerangi hidup ini....Adios...Sayonara....

Monday, March 22, 2010

cERita CikGU iZa...


Hari pertama selepas cuti sekolah..agak pening kepala dengan pelbagai perkara.Jadual kelas yang dah change..kes disiplin yang nak kena handle.Report yang nak kena buat..pendek kata mcm2 lagi la...'Malas'..satu perkataan..satu sifat yang rasanya wujud dalam diri setiap individu.Bersikap malas hanya kerana diamuk rasa senang..terbawa-bawa dengan mood cuti sekolah. Kemalasan itu biasa bagi insan yang tidak punya arah tuju,yang tiada cita-cita dalam hidup namun malas juga perkara normal bagi individu yang berkerjaya(seperti aku la...heheheh).Perasaan malas yang hadir ini hanya seketika sahaja dan kembali pulih bila tenaga dah kembali dalam diri.Spirits of work will coming up in myself and now im like wake up for started a new day..huhuhu...Hope selepas nie diri aku dan rakan-rakan yg lain da xder sifat malas....kalau ada pun biarlah utk seketika sahaja...Sayonara.....adios...

Saturday, March 20, 2010

Salam...Hye..hYe...!!!!!


Sekian lama menyimpan hasrat untuk membuka blog akhirnya tercapai jua.Di malam yang syahdu ini,dapat jua kuzahirkan blog dengan susah payahnya.Maklumlah buta IT...namun kata orang..tak kenal maka tak cinta....maka berkenal-kenal la dengan blogs ini.Hopefully ia takkan terhenti di sini....kepada rakan2 yang maybe selepas ini akan mencari iza......diucapkan..."Welcome to Lara Hati Lavenders"
Related Posts with Thumbnails
 

LaRa Hati LaveNdeRs Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates