Wednesday, April 28, 2010

Peel kElam kABUT cikgu Iza!!!!


Salam....lama tak menjenguk blog nie..lama jugak tak mencoret2,berceloteh kat blog nie...adoiiiyaaa...dalam beberapa hari nie terasa amat penat dengan banyak tugasan,pergi interbiu,exam lagi...Rasa macam tak senang duduk dibuatnya tetapi kekalutan ini yang buat iza suka sangat. Entahlah..sejak dari dulu iza suka sangat suasana yang kelam kabut..hehehe...Dari zaman sekolah sampai sekarang memang suka buat keje last minute..bila last minute nie banyak jer idea kat kepala pastu kelam kabut.Semua menda nak buat dalam masa yang singkat menjadikan diri ini jadi aktif sangat..huhuu.Sekarang nie,selalu sangat iron baju pepagi sebelum p sekolah supaya pagi tu jadi kelam kabut. Pernah sekali, bangun di waktu pagi tetiba blackout time tengah mandi..adosss,ingatkan sekejap jer blackout tapi sampai sudahnya blackout. Baju lom iron sudahnya pilih-pilih baju yang agak2 nampak tak berkedut sangat so pakai jer la p sekolah. itu la xmo sangat iron baju awal2 sebelum tido tapi tu la..smpai sekarang peel iza tak ubah!!!Okla kan asalkan tak susahkan sesiapa. Actually, sikap nie tak elok untuk diamalkan terutama bab yang suka buat keje last minute. Kenapa iza kata tak elok??Bila selalu buat keje last minute nie,hasil keje takkan sempurna sangat,pasti ada banyak kekurangan nya. Hasil kerja bergantung kepada curahan masa dan bagaimana kita siapkan keje tersebut. Jikalau last minute buat and keesokkannya dah nak di submit keje tu,bayangkan betapa kalutnya kita dalam usaha nak siapkan???boleh bayangkan...buat itu,capai ini,pegang yang tu,jenguk yang nie...sudahnya banyak perkara yang tertinggal dan hasil kerja pun jadi sepert melepaskan batuk di tangga..(betul ke pepatah nie??hehehe..maklumlah bukan cikgu BM!) Bagi yang bergelar pelajar pulak,jangan nak amalkan study last minute. Esok nak exam,malam nie baru nak study pastu semua menda nak baca.Bila dah study sampai tak tido semalaman pastu bila p exam keesokkan harinya ngan mata lebam mata mengantuk petanda tak cukup tido. Dapat ke nak jawab exam??sure kepala pun melayang,apa yang dibaca semalam langsung hilang gara-gara kepenatan dan mengantuk. Bukan ke itu satu perkara yang merugikan???Last counsellinh session,ada advise student supaya jangan anggap Form 4 sebagai 'honeymoon year' coz xder exam. Gunakan form 4 sebagai tahun untuk kuasai and persediaan untuk hadapi big exam next year. Ur future is depend of what u do now! Banyak dah cikgu iza coretkan kata2 bebelan kat cnie...undur diri dulu la yerr.....adiosss..sayonara....:)

Thursday, April 22, 2010

Rahsia Bulan Kelahiran..Ssshhhhh!!!!!!!


Salam......alhamdulillah bertemu lagi di ruangan lara hati lavenders. Pada ruangan kali ini,iza teringin nak shared tentang rahsia bulan kelahiran.Tengok2,jenguk2 la yerr bulan kelahiran anda mengikut kajian Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.......selamat meneroka.

JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros

JUN

  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja

OGOS

  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan

SEPTEMBER

  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik

OKTOBER

  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat

NOVEMBER

  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Betul atau tidak, anda baca anda nilai diri sendiri!!!

Bagi diri iza...ada banyak betulnya tentang diri iza berdasarkan bulan kelahiran...huhuhu...(yg highlite tu bulan kelahiran iza.....pssstttt!!!)
Nilai la yer sendiri......!!!!Adiosss....

Monday, April 12, 2010

Nukilan Rasa


Salam..bertemu kembali di ruangan lara hati lavender!!.Kembara hati lara seperti sesepi malam yang kian melabuhkan tirainya..seperti rembulan kian sinar menyimbahkan cahayanya dan unggas berlagu riang mendendangkan iramanya. Kegelapan malam kian terasa...Entah kenapa terasa ingin berlalu pergi membawa diri..hanya sendiri melayari kesepian itu dan biarkan aku sendiri. Sukar hendak dijelaskan apa yang ada di dalam hati ini. Serasanya tiada yang mengerti kerana diri sendiri pun tidak mengerti akan hakikatnya. Puas sudah mengalirkan air mata bak kata seseorang.."Usah kau alirkan air matamu itu pada insan yang tidak mengerti akan tangisanmu. Mengalirlah ia untuk melepaskan apa yang ada dihatimu". Pelik,air mata ini seakan tidak mahu berhenti mengalir. Berkali-kali kubisikkan pada hati...berhenti menangis sayang kerna tiada akalnya tangisan mu itu.Hanya melemahkan dirimu tetapi hatiku ini seakan berbisik...aku menangis bukan kerana aku lemah.Aku menangis kerana menahan sebuah kerinduan dan aku menangis kerana lukanya hati yang aku rasakan.Ya Allah..serasa aku ini tidak mengenali diriku yang sebenarnya.Apa kemahuan ku yang sebenarnya?siapa diriku yang sebenarnya?..Mahu sahaja melupakan segalanya tetapi aku tak bisa...Bukan tak pernah mencuba tetapi tidak berjaya.Bermain dengan kata-kata sememangnya terlalu perit. Rela dipukul agar kesakitan itu hanya sekejap tetapi tajamnya bilah kata-kata sukar untuk dilupakan. Terkadang rasa terhina..besar kesalahanku sampai perlu dihina sebegitu??Mindaku mengiyakan lantas untuk apa rasa amarah perlu timbul??.Seorang teman pernah berkata...."buka matamu..buka mindamu..lihat dengan sedalam-dalamnya perjalanan hidupmu!!!Apa yang kau harapkan?apa yang kau takutkan??"..Aku lihat semuanya teman tetapi aku tidak ketemukan jawapan.Lantas apa harus kubuat?Mendiamkan diri?aduhhh.....kalau itu sebaiknya hendak sahaja aku lakukan tetapi ada rasa bimbang yang tercetus.Ikut sahaja sayang rentaknya..kau berserah sahaja..Ya,itu mungkin yang sebaiknya.Mampukah dirimu???Bila saat aku masih meletakkan dirinya sebagai keutamaan ku..aku akan butakan penglihatanku..pekak kan telinga ku..lumpuhkan setiap pergerakkan ku kerana aku sedar ia kerna salahku tetapi jika kesabaranku tiada batasannya..akan aku biarkan segalanya berlalu sepi dan di saat itu,perempuan yang kau kenali ini bukan lagi seperti yang kau lihat sebelum ini. Berdiri aku takkan tunduk lagi..bergerak aku takkan memandang ke belakang lagi...Biar sesepi angin..begitu sepinya akan ku biarkan hati ini.....Lara Hati Lavenders mengundur diri...salam buat semua...adiosss....sayonara....

Friday, April 09, 2010


Salam......ermm apa yaa yang nak dicoretkan?rasa mcm nak merapu jer sebenarnya.sajer merapu2 mencatat apa sahaja kisah hidup ni. Waaahh..dalam diam,dalam sedar tak sedar dah bulan April dah nie..Sekejap jer rasa waktu berlalu sepertinya baru semalam melewati hari2 indah. Bulan depan genap dah umur 25 tahun.Sesungguhnya usia ini banyak mematangkan diri ini. Iyer..dari kecil sampai dewasa telah banyak ku lalui.Pengalaman hidup yang mendewasakan aku. Serasanya di kalangan rakan2, akulah yang paling banyak cerita sensasi..hangat...hehehe..ada2 jer Mek za nie!!!
SMS Saleha & Highlands International Boarding School......tempat yang mengajar aku banyak erti. Kat sekolah tempat aku curahkan bakti inilah yang mendekatkan aku dengan dunia perguruan. Berdepan dengan kerenah pelajar yang selalu menceriakan hati aku. Seperti masuk kelas form 4 arinie..ase cam ngajor budak form 1.Mcm-mcm kerenah diaorg..itu baru relief kelas..belum lagi betul-betul mengajar diaorg.Apa2 pun....bersama Highlanders adalah gamitan memori yang cukup bermakna kerana di sini lah segalanya bermula.Semoga bakti terus tercurah di sini......Adiosss.....sayonara.....

Thursday, April 08, 2010

How To Cope With Conflicts


How many times have you become irritated by what someone is saying?It may be your friend,your father,mother, a sibling or your boyfriend and girlfriend. You may even have been irritated by some members in your school club, your classmates during a discussion. Learning how to cope with conflicts will enable you to be adept at facing bigger conflicts in your future. How can you avoid a minor irritation from escalating into 'world war III'? Here are some do's and don'ts for dealing with conflict:
  • try to prevent conflict from arising in the first place
  • If you think conflict is about to start conservation, adjust your conservational style. For example,if you tend to ask a lot of questions, the other person may think you are interrogating him. Back off before he starts getting irritated with you.
  • If conflict does develop,comment on the way the conversation has taken, like "why are we getting upset about this?"
  • Don't suddenly raise up your voice or tense your body. The situation can get worse. Remember gestures and tones of voice are more likely to spark off a conflict than the words you use.
  • Drop the subject if the argument is simply going round in circles. Make sure you understand what the other person is saying, thinking or feeling.
  • Remember there are often things in a person's background such as a bad childhood that make them have different views. You may not feel sympathy for him but try, anyway to understand his background.
Lastly,do remember that the other person has a right to an opinion. Agree to disagree.That means you acknowledge that the other person has a right to his/her opinion.
~Heppy reading............adiosss............~

Wednesday, April 07, 2010

DedicAtEd SonGs....


I Still Believe

You look in my eyes
And I get emotional inside
I know it's crazy
But you still can touch my heart
And after all this time
You'd think that I
I wouldn't feel the same
But time melts into nothing
And nothing's changed
I still believe, someday you and me
Will find ourselves in love again
I had a dream, someday you and me
Will find ourselves in love again
Each day of my life
I'm filled with all the joy I could find
You know that I am not the desperate type
If there's one spark of hope left in my grasp
I'll hold it with both hands
It's worth the risk of burning to have a second chance
No, no, no, no, no, no
I need you baby

I still believe that we can be together
If we believe that we can be together
If we believe that true love never has to end
Then we must know that we will love again

BiCAra HaTiKu.......


Lara hati lavenders kembali lagi atas izinNya mencatat perjalanan hidup ini.Terasa bagai dihempas sehingga berkecai. Andai ini balasan diatas segala kesilapanku..aku redha dalam harungi segalanya. Aku rela berdepan dengan ujianMu. Biar terasa lelah di dadaku namun akan ku tabahkan hatiku melakar setiap rentak kehidupanku di bumi Mu ini....Biarkan ku lepas segalanya ..Menangis la sayang andai itu mampu legakan hatimu. Biarkan sayang ia mengalir andai itu mampu memberi ketenangan kepadamu.Lepaskan sayang segala yang ada di hatimu biar lega resahmu.Luahkan sayang segala yang terbuku di jiwamu biar luruh segalanya.Berbicaralah sayang...ungkapkan segalanya....Untuk apa berbicara seandainya jawapan itu pasti ku temui?Untuk apa kau luahkan segalanya andai kau tahu itu akhirnya melukakan hatimu sendiri?Untuk apa kau bertanya andai jawapan itu sudah kau ketahui??Tidakkah kau merasakan kau melukakan hati sendiri dengan kebenaran itu??.Monolog dirimu tiada siapa akan mengerti..Bangkitlah mencari apa yang sepatutnya menjadi milikmu sayang.Jangan lagi kau lepaskan ia berlalu pergi sedangkan ia milikmu yang abadi. Mampukah aku memilikinya lagi setelah ku ketahui kebenaran hatinya??Terasa gegar jiwaku mendengar semuanya...Terasa tiada bermaya langkah kaki ini bagai mencari haluan hidup sendiri yang tiada ku ketahui arah tujuku...Gagal kurasakan hidup ini..memiliki jasadmu tetapi tidak hatimu...
Banyak kata yang tak mampu ku luahkan dan aku rela pendam segalanya asalkan dirimu bahagia. Segala yang termampu ku cuba lakukan dan hanya satu pintaku..pandanglah diriku buat seketika..pandanglah aku sebagai perempuanmu..pandanglah buat seketika dengan mata hatimu..ketahui segala apa kurasakan...fahamilah diriku biarpun hanya untuk seketika.......
Akulah perempuan yang gagal...gagal memiliki hatimu..gagal memiliki segalanya dan aku tak ingin lagi menjadi perempuan yang gah berdiri tetapi hakikat sebenarnya...........
Ya Allah....Kuatkan hatiku..berikanlah aku sedikit kekuatan untuk teguh berdiri mengharungi segala dugaanMu...

Monday, April 05, 2010

Observation Year 8(personal development)


Salam buat semua...emmm...apa nak dicoretkan yerr????Alhamdulillah lega rasanya setelah selamat hari ini untuk observation oleh Mr.Siow & Mr.Patrick.Sepanjang hampir setahun bergelar guru,inilah kali pertama kena observe..memang ketar rasanya tetapi cuba buat yang terbaik. Rasa bersyukur kerana students Year 8 amat memberi kerjasama. Respon diaorang jugak baik kali nie terutama Malcom, aik long & Tatsu. Maklumlah bukan senang nak pikat hati students supaya nak dengar semua arahan kita. Habis jer observe,Mr.Patrick beri pendapat..alhamdulillah respon yang baik biarpun tak pernah dilatih menjadi guru tetapi lakukan cara pengajaran mengikut acuan sendiri. Tetapi satu kata yang amat menarik hati..rasanya dah berapa kali mendengar ayat ini..."u can be a good trainer!"...ermmm..insyallah akan kembangkan bakat yang ada.
Sedikit perkongsian..cikgu suka bab cerita pasal ank murid nie...bila mengajar diaorang ini,satau masalah yang timbul ialah masalah komunikasi. Majoriti students adalah chinese.Paling kelakar bila mereka ingin beri respon.Terpaksa ada rakan yang fasih berbahasa inggeris menterjemahkan kerana kebanyakaa mereka menggunakan bahasa cina. Cikgu pulak melayu asli...hahaha..bayangkan berbicara dalam bahasa cina pastu terjemah dalam inggeris and then iza kena faham pulak pastu terjemah dalam bahasa melayu kepada students melayu.Adoiiii...mmg pening..tetapi sebenarnya ada faedahnya berada dalam persekitaran macam nie. Tau kenapa???coz boleh belajar banyak bahasa.iza sendiri tengah belajar bahasa cina tetapu sampai sekarang tak reti2. huhuhuhu.........rasa terbelit lidah nie nak menyebut. Itu la serba sedikit kisah iza.......dunia guru sememangnya banyak cabaran.....Adiossss...sayonara...
Related Posts with Thumbnails
 

LaRa Hati LaveNdeRs Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates