Monday, April 12, 2010

Nukilan Rasa


Salam..bertemu kembali di ruangan lara hati lavender!!.Kembara hati lara seperti sesepi malam yang kian melabuhkan tirainya..seperti rembulan kian sinar menyimbahkan cahayanya dan unggas berlagu riang mendendangkan iramanya. Kegelapan malam kian terasa...Entah kenapa terasa ingin berlalu pergi membawa diri..hanya sendiri melayari kesepian itu dan biarkan aku sendiri. Sukar hendak dijelaskan apa yang ada di dalam hati ini. Serasanya tiada yang mengerti kerana diri sendiri pun tidak mengerti akan hakikatnya. Puas sudah mengalirkan air mata bak kata seseorang.."Usah kau alirkan air matamu itu pada insan yang tidak mengerti akan tangisanmu. Mengalirlah ia untuk melepaskan apa yang ada dihatimu". Pelik,air mata ini seakan tidak mahu berhenti mengalir. Berkali-kali kubisikkan pada hati...berhenti menangis sayang kerna tiada akalnya tangisan mu itu.Hanya melemahkan dirimu tetapi hatiku ini seakan berbisik...aku menangis bukan kerana aku lemah.Aku menangis kerana menahan sebuah kerinduan dan aku menangis kerana lukanya hati yang aku rasakan.Ya Allah..serasa aku ini tidak mengenali diriku yang sebenarnya.Apa kemahuan ku yang sebenarnya?siapa diriku yang sebenarnya?..Mahu sahaja melupakan segalanya tetapi aku tak bisa...Bukan tak pernah mencuba tetapi tidak berjaya.Bermain dengan kata-kata sememangnya terlalu perit. Rela dipukul agar kesakitan itu hanya sekejap tetapi tajamnya bilah kata-kata sukar untuk dilupakan. Terkadang rasa terhina..besar kesalahanku sampai perlu dihina sebegitu??Mindaku mengiyakan lantas untuk apa rasa amarah perlu timbul??.Seorang teman pernah berkata...."buka matamu..buka mindamu..lihat dengan sedalam-dalamnya perjalanan hidupmu!!!Apa yang kau harapkan?apa yang kau takutkan??"..Aku lihat semuanya teman tetapi aku tidak ketemukan jawapan.Lantas apa harus kubuat?Mendiamkan diri?aduhhh.....kalau itu sebaiknya hendak sahaja aku lakukan tetapi ada rasa bimbang yang tercetus.Ikut sahaja sayang rentaknya..kau berserah sahaja..Ya,itu mungkin yang sebaiknya.Mampukah dirimu???Bila saat aku masih meletakkan dirinya sebagai keutamaan ku..aku akan butakan penglihatanku..pekak kan telinga ku..lumpuhkan setiap pergerakkan ku kerana aku sedar ia kerna salahku tetapi jika kesabaranku tiada batasannya..akan aku biarkan segalanya berlalu sepi dan di saat itu,perempuan yang kau kenali ini bukan lagi seperti yang kau lihat sebelum ini. Berdiri aku takkan tunduk lagi..bergerak aku takkan memandang ke belakang lagi...Biar sesepi angin..begitu sepinya akan ku biarkan hati ini.....Lara Hati Lavenders mengundur diri...salam buat semua...adiosss....sayonara....
About The Author
Bie, that's my name. Im just an ordinary blogger.Ea eam labores imperdiet, apeirian democritum ei nam, doming neglegentur ad vis. Ne malorum ceteros feugait quo, ius ea liber offendit placerat, est habemus aliquyam legendos id. Eam no corpora maluisset definitiones.
Share This

3 comments:

Anonymous said...

tinggi sastera cikgu.

Anonymous said...

tinggi lagi 'pergolakan'...

DuNia IeyZaRa on April 20, 2010 at 8:18 AM said...

biar tinggi semuanya..asalkan hati berlalu sepi...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

LaRa Hati LaveNdeRs Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates