Tuesday, March 30, 2010

DenGarKan.....


Dengarkan lara kehidupanku...
Dengarkan cerita diriku...
Dengarkan rintihan jiwaku...
Dengarkan bisikan hatiku...
Dengarkan desah nafasku..
Dengarkan pamitan mindaku...
Dengarkan luahan perasaanku...
Dengarkan jeritan batinku...
Dengarkan gelora..rintihan..dengarkan segalanya....

Kuingin kau mengerti segalanya tentang diriku...
Kuingin kau fahami segala deritaku...
Kuingin kau tersenyum dengan bahagiaku..
Kuingin kau sedari perasaanku padamu...
Kuingin segalanya...segala-galanya...
KERNA DIRIKU ADALAH TERCIPTA UNTUKMU....

Persahabatan

Assalamualaikum.....bertemu kembali di coretan yang seterusnya. Ada kisah hari nie...alkisahnya nya cikgu za nak bercerita tentang persahabatan.Hari nie cikgu ada kelas personal development(PV) kat kelas form 1 excel. So ajarla diaorang tentang friendship.Bagi diorang soalan and suh jawab...ada satu soalan yang mana iza tanya..kalau rakan kita buat salah apa patut kita buat??ada yang jawab,tegur secara elok..mcm2 jawapan tetapi ada satu jawapan..."miss, sindir saja dia..sape makan cili dia rasa pedas!!".Hah,tu dia jawapan dia bg.
Menyindir nie satu tabiat biasa dalam masyarakat melayu. Secara berkias menyatakan sesuatu namun ianya pedih bagi yang mendengar dan memahami maksud sindiran tersebut. Acapkali bagi iza,sindiran itu akan lebih meretakkan hubungan yang ada. Bagi iza adalah lebih elok kalau teguran itu secra berhemah menggunakan bait2 patah yang lembut tapi ada maknanya. Ketika disscussion ngan students nie ada satu soalan yang mana iza tanya apa yang boleh spoil our relationship??. The same students say that when friend have boyfriend and forget the member.
Dari pandangan mata,iza dapat agak bahawa sememangnya dia nyatakan faktor tapi dalam satu masa dia memberi kata sindiran kepada rakannya yang dok kat sebelah...kat situ iza memahami lagi kerenah pelajar dalam hubungan persahabatan.Rakan yang lain pulak berkata..be patient k..Secara jujurnya pelajar ini menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada rakan yang mungkin telah berubah sikapnya kerana mempunyai rakan lelaki sehingga si rakan hanya menundukkan wajah. Secara psikologi iza cuba membantu membetulkan keadaan supaya hubungan antara mereka tidak berlarutan sehingga boleh mewujudkan suasana yang tidak selesa. Zaman remaja seperti pelajar iza ini sememangnya tak lari daripada masalah persahabatan. Melihat kepada situasi ini sebenarnya sedikit sebanyak menyedarkan iza tentang peranan iza yang tidak terhenti hanya sekadar memberi ilmu tetapi lebih menyeluruh. Menjadi guru kaunseling tidak semudah disangka kerana perlu meneliti segenap hal tentang pelajar.Sejujurnya iza merasakakan dunia iza berseri dengan kehadiran pelajar-pelajar yang selalu membuat iza tersenyum dan genting highlands kian menambat hati iza untuk terus mencurah bakti......Adios...sayonara...

Sunday, March 28, 2010

SekAdar MeNCuRaH RaSa...


Di malam yang hening nie,entah kenapa rasa nak mencoret kata-kata jer!!!rasa mcm berlambak perkara yang bermain di minda ini. Ini lah agaknya dikatakan naluri wanita yang selalu ada perkara bermain di minda. Puas ku fikirkan apa agaknya yang nak coretkan kali ini...(dah mcm giler blog pulak asenya)!!...Menjadi seorang guru sebenarnya tak pernah ada di dalam kamus kehidupan aku. Malah tak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar guru tetapi takdir Allah S.W.T telah meletakkan aku menjadi guru(biarpun kat sek.private tp tetap guru jugak kan...!!hehehe!!). Masih teringat kata my mom bila satu hari mom lihat anak dia yg comel nie balik dari kelas tambahan kalo tak silap masa form upper six.Turun dari kereta aku berjalan naik ke rumah and ketika itu mom kat pintu rumah..kata mom..."macam cikgu bila tgk along berjalan!!"...ermmm..nampaknya kata2 mom jadi kenyataan.jadik jugak anakmu ni cikgu...
Dari tidak pernah menyimpan hasrat malah tak pernah terduga akhirnya bergelar jua. Membuat aku terfikir..kadang2 apa yang tidak kita impikan akan menjadi milik kita dan tak semestinya kita mendapat apa yang kita inginkan. Buktinya..kuinginkan peluang kerjaya yang lain tapi tidak menjadi rezeki sebaliknya aku kekal menjadi guru walau pada mulanya susah utk nak lakukan kerja yang bukan sesuai dengan jiwa kita. Tetapi learning....belajar menerima,belajar memahami,belajar meletakkan diri dalam situasi dan persekitaran seperti mana aku belajar dengan semua perkara baru di sekeliling ku.
Saat pelbagai perkara membebani hidup ini..Alhamdulillah..Allah mendengar niat & harapan ku maka meletakkan aku dalam kehidupan sekarang yang terasa amat bermakna. Aku berdoa semoga setiap rentetan perjalanan hidup ini takkan berakhir dengan derita...Biar mendung berarak dan cahaya yang bersilih ganti menerangi hidup ini....Adios...Sayonara....

Monday, March 22, 2010

cERita CikGU iZa...


Hari pertama selepas cuti sekolah..agak pening kepala dengan pelbagai perkara.Jadual kelas yang dah change..kes disiplin yang nak kena handle.Report yang nak kena buat..pendek kata mcm2 lagi la...'Malas'..satu perkataan..satu sifat yang rasanya wujud dalam diri setiap individu.Bersikap malas hanya kerana diamuk rasa senang..terbawa-bawa dengan mood cuti sekolah. Kemalasan itu biasa bagi insan yang tidak punya arah tuju,yang tiada cita-cita dalam hidup namun malas juga perkara normal bagi individu yang berkerjaya(seperti aku la...heheheh).Perasaan malas yang hadir ini hanya seketika sahaja dan kembali pulih bila tenaga dah kembali dalam diri.Spirits of work will coming up in myself and now im like wake up for started a new day..huhuhu...Hope selepas nie diri aku dan rakan-rakan yg lain da xder sifat malas....kalau ada pun biarlah utk seketika sahaja...Sayonara.....adios...

Saturday, March 20, 2010

Salam...Hye..hYe...!!!!!


Sekian lama menyimpan hasrat untuk membuka blog akhirnya tercapai jua.Di malam yang syahdu ini,dapat jua kuzahirkan blog dengan susah payahnya.Maklumlah buta IT...namun kata orang..tak kenal maka tak cinta....maka berkenal-kenal la dengan blogs ini.Hopefully ia takkan terhenti di sini....kepada rakan2 yang maybe selepas ini akan mencari iza......diucapkan..."Welcome to Lara Hati Lavenders"
Related Posts with Thumbnails
 

LaRa Hati LaveNdeRs Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates