
Di malam yang hening nie,entah kenapa rasa nak mencoret kata-kata jer!!!rasa mcm berlambak perkara yang bermain di minda ini. Ini lah agaknya dikatakan naluri wanita yang selalu ada perkara bermain di minda. Puas ku fikirkan apa agaknya yang nak coretkan kali ini...(dah mcm giler blog pulak asenya)!!...Menjadi seorang guru sebenarnya tak pernah ada di dalam kamus kehidupan aku. Malah tak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar guru tetapi takdir Allah S.W.T telah meletakkan aku menjadi guru(biarpun kat sek.private tp tetap guru jugak kan...!!hehehe!!). Masih teringat kata my mom bila satu hari mom lihat anak dia yg comel nie balik dari kelas tambahan kalo tak silap masa form upper six.Turun dari kereta aku berjalan naik ke rumah and ketika itu mom kat pintu rumah..kata mom..."macam cikgu bila tgk along berjalan!!"...ermmm..nampaknya kata2 mom jadi kenyataan.jadik jugak anakmu ni cikgu...
Dari tidak pernah menyimpan hasrat malah tak pernah terduga akhirnya bergelar jua. Membuat aku terfikir..kadang2 apa yang tidak kita impikan akan menjadi milik kita dan tak semestinya kita mendapat apa yang kita inginkan. Buktinya..kuinginkan peluang kerjaya yang lain tapi tidak menjadi rezeki sebaliknya aku kekal menjadi guru walau pada mulanya susah utk nak lakukan kerja yang bukan sesuai dengan jiwa kita. Tetapi learning....belajar menerima,belajar memahami,belajar meletakkan diri dalam situasi dan persekitaran seperti mana aku belajar dengan semua perkara baru di sekeliling ku.
Saat pelbagai perkara membebani hidup ini..Alhamdulillah..Allah mendengar niat & harapan ku maka meletakkan aku dalam kehidupan sekarang yang terasa amat bermakna. Aku berdoa semoga setiap rentetan perjalanan hidup ini takkan berakhir dengan derita...Biar mendung berarak dan cahaya yang bersilih ganti menerangi hidup ini....Adios...Sayonara....
1 comments:
hebat2 wife abg ni..
cayokk cayokk..
Post a Comment